Monday, 21 May 2012

BENGKEL WEBSITE PERTAMA

BENGKEL WEBSITE PERTAMA 
SEUMPAMANYA DI MALAYSIA
Belajar membina website pertama anda dalam masa paling singkat dengan mendapat sentuhan terus dari mentor anda, 

Tentu Ada Kelainan... 

Mereka orang bijaksana...mereka tahu...
Hanya di sini satu2nya peluang mendapat khidmat seorang
mentor yang sanggup mengajar dari meja ke meja.
Jom jenguk:
http://kgmeien.tk/

Friday, 18 May 2012

Tawaran Terhebat Masa Kini...



Sanggupkah anda belanja RM50 untuk satu almari Ebook

Tawaran saya ini mengenai peningkatan diri sendiri. Tingkatkan   ilmu dan skil anda dengan peluang yang diberikan ini. Pembeli ebook dengan modal RM50 mmg sgt2 berbaloi-baloi
Baiklah, mengenai ebook untuk meningkatkan skil anda. Tetapi kali ini  anda sangat beruntung kerana saya akan berikan ebook yang anda boleh GUNAKAN ILMU nya , dan anda juga boleh JUAL SEMULA.!! Masih dengan harga RM50, tetapi bukan untuk 1 ebook tetapi 54 ebook kesemuanya..!!
Tajuk ebook-ebook yg akan anda dapat dari pembelian bijak ini adalah:
=============================================================
3 Teknik Cari Idea Tajuk Ebook
4 Kriteria Perlu Ada Dalam Penulisan Ebook
5 Niche Pasti Hot
5 Perkara Seorang Affiliate Perlu Elak
6 Langkah Mencipta Produk Digital
7 Mitos Mengenai Jualan Ebook
7 Strategi Pemasaran Gerilla
10 Tips Penulisan Artikel
14 Rahsia Affiliate
30 Idea Tulis Follow Up
50 Strategi Pemasaran
Asas dan Prinsip Kejayaan Temuduga
Buat Duit Dengan Blog
Buat Duit Dengan Menulis
Checklist Perniagaan Ebook
Email Formula
Formula Pendapatan Segera Dari Internet
Minda Wang
Nota Pintar Pemasaran Affiliate
Panduan 101 Produk Informasi
Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet
Panduan Berhenti Merokok
Panduan Freelancer Writer
Panduan Lengkap Persiapan dan Persediaan Temuduga
Panduan Meletakkan Harga Ebook
Panduan Membeli Hosting dan Domain
Panduan Membina Buyer List
Panduan Membina Kredibiliti
Panduan Mengajar Anak di Rumah
Panduan Menulis Laporan Percuma
Panduan Promosi di Facebook
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet
Panduan Ringkas Pemasaran Affiliate
Panduan Simple Menulis Ebook
Panduan Tulis Tajuk Ebook
Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal
Rahsia Bisnes Gaya Pos
Rahsia Bisnes Printing
Rahsia Bonus Produk Affiliate
Rahsia Ezine
Rahsia Kekayaan dan Kemewahan Hidup
Rahsia Pakar Presentation
Rahsia Pemasaran Artikel
Rahsia Pengiklanan Efektif
Rahsia Untuk Kaya Dan Hidup Mewah
Rahsia Web Efektif
Strategi Pemasaran Efektif
Teknik Cari Mood Untuk Tulis Ebook
Teknik Menulis Email
Teknik Mudah Ayat Jualan
Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan
Tips List Responsif
Tips Menjadi Seorang Super Affiliate
Apa yang boleh anda buat 54 ebook PLR (Private Label Rights -Hakcipta) ini?
==========================================================
1.           Anda boleh jual semula kesemua 54 ebook ini seolah-olah anda penulisnya.
2.           Anda boleh dapatkan idea dan ilmu yang hebat dari perkongsian ebook ini. Gunakan idea dan ilmu ini dan juga boleh tuliskan ke blog anda. Tak perlu penat cari idea.
3.           Atau anda boleh jadikan ia tawaran untuk sesuatu yang lain.
4.           Anda boleh tambah isi kandungan setiap satu ebook dan jual satu-satu dengan harga lain. Mungkin RM20 untuk 1 ebook. Anda ada 54 ebook.!!
5.           Belajar menjual secara online dan macam-macam lagi yg anda boleh buat.
Ini adalah satu  tawaran pembelian bijak dari saya.TQ.
 Kesimpulannya- Anda yang beli dengan saya sangat2 beruntung. Pertamanya, terbukti produk ini memang hot dan dipromosi sendiri oleh otai-otai IM. Jadi jangan berfikir-fikir lagi. Ini memang pembelian bijak..!! Beli sekarang.. !!  limited edition hanya untuk 100 orang terawal saje,,

 ===============================================================

CARA MENGESAHKAN PEMBELIAN (HARGA RM50 sahaja- anda dapat 54 ebook spt yg dijanjikan.

LANGKAH 1. LAKUKAN PEMBAYARAN
1.                NO. AKAUN (MAYBANK):  112101215903 (NOOR AL FARID)

Kaedah Pembayaran :
i)                    Maybank2U Fund Transfer 3rd Party Account
ii)                  ATM Fund Transfer 3rd Party Account
iii)                Deposit Tunai di Cash Deposit Machine (CDM)
iv)                Deposit Cek di Cheque Deposit Machine
v)                  Deposit Tunai di Kaunter Bank
vi)                Deposit Cek di Kaunter Bank
LANGKAH 2. PEMBERITAHUAN PEMBAYARAN
Selepas pembayaran dibuat, sila berikan maklumat berikut :
1)      NAMA PENUH
2)      EMAIL (jika melalui SMS) / NO. TELEFON (jika melalui EMAIL)
3)      JUMLAH BAYARAN
4)      TARIKH & MASA BAYARAN
SMS ke 012-5321452  atau  EMAIL ke nh5471@gmail.com.
 Selepas pengesahan pembayaran anda akan terus diberikan link download produk.TQ

Saturday, 12 May 2012

Doa Nurun Nubuwwah


Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s.
Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Syubhat Doa Nurun Nubuwwah-1
Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.
 Jibril berkata kepada Nabi: “Aku di utus oleh Allah membawa Doa Nurun Nubuwah untuk di serahkan kepadamu ya Rasulullah.”
 Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadhilat doa ini, antaranya:
1. Doa ini boleh di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yang berhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.
2. Jika di baca pada setiap lepas sembahyang lima waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.
3. Jika ada raja yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.
4. Demikian juga jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.
5. Jika ada binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.
6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan mengampuni segala dosanya.
7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.
8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.
9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripada segala musuh.
10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.
11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.
12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.
13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.
14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.
15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.
16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.
17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.
18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.
19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.
20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.
21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”
22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.
23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.
24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.
25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.
26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.
27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.
28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.
29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.
30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.
31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.
32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.
33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”
34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.



CERITA SEORANG ISTERI



  “JIKA DIA UNTUK KU”
Effa memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. “Effa, Effa bangun sayang”. Khairil mengejutkan isterinya.
“Eh! abang dah balik, maaf Effa tertidur, abang nak makan?” Tanya Effa. “
“Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas”. Jawapan yang cukup mengecewakan Effa. “Arrggh rindunya Effa pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Effa masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang,” luah Effa dalam hati.
“Abang naiklah dulu Effa nak simpan lauk dalam peti ais dulu”. Pinta Effa sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Effa ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Effa menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. “Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Effa”, bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Effa pada abang. ” Effa rindu nak peluk abang, Effa nak kucup abang, Effa rindu abang”.
Selesai solat subuh Effa panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Khairil tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Effa kejutkan Khairil, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Effa keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
“Assalamualaikum”, sapa Khairil yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. “Waalaikumsalam, sayang”. Effa cuba bermanja sambil menambah, “abang nak kopi atau teh?” Effa tetap kecewa apabila Khairil hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada ‘presentation’ dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Effa dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Effa menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu “Abang, Effa belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Effa”, kata Effa selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Effa pada abang.
“Ril, semalam pukul berapa kau balik?” tanya Zikri. “Dekat pukul 2.00 pagi”. Jawab Khairil acuh tak acuh. “Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau”. Zikri bergurau nakal. “Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00″, aku balik pun bini aku dah tidur. “Balas Khairil.
“Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Effa ke?”. Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
“Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Effa, kami tak bergaduh tapi entahlah”. terang Khairil.
“Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?”. Usul Zikri.
“Ok.” Ringkas jawapan Khairil sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
Effa membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Khairil. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Effa teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Effa menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Khairil, bukan satu tempoh yang pendek. Effa bahagia sangat dengan Khairil, Cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Effa sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Khairil. Makin laju air matanya mengalir.
“Abang sanggup menerima Effa, abang tidak menyesal?”. tanya Effa 5 tahun yang lepas.
“Abang cintakan Effa setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Effa dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Effa,”. Janji Khairil.
“Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?”. Tanya Effa lagi.
“Syyy… doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri”, Khairil meyakinkan Effa.
Effa masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Khairil dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja.
Tapi Khairil yakin Effa mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Effa tidak salahkan Khairil sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Effa masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Effa sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Effa pada abang.
“Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Effa, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi…” ayat Khairil terhenti disitu.
“Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.
“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya”, terang Khairil.
“Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.
“Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Effa sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan ” Jelas Khairil.
“Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, “apa kata korang ambil saja anak angkat?”
“Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup”. Ujar Khairil.
Effa masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Khairil dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini… aarghh rindunya Effa pada abang.
Effa tahu Khairil pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Effa menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Khairil. Effa masih tidak menaruh syak pada Khairil, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Khairil bila dia pulang malam nanti, tapi Effa takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Effa pada abang.
“So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?” Tanya Khairil pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
“I ikhlas Khairil, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you”. Zati berterus terang. Lega hati Khairil, tapi Effa?
“Abang Effa tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,” adu Effa pagi tu, sebelum Khairil ke pejabat.
“Ye ker? Ambil duit ni, nanti Effa call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Effa ni.” jawapan Khairil yang betul-betul membuatkan Effa mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Effa sakit demam Khairil sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Effa. Arrgghhhhh rindunya Effa pada abang.
Disebabkan Effa terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Effa menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Khairil pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Effa masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Khairil. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Effa pada abang.
Apabila Khairil selesai mandi dan tukar pakaian, Effa bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
“Abang, Effa nak cakap sikit boleh?” Effa memohon keizinan seperti kelazimannya.
“Effa, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih,” bantah Khairil.
“Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Effa tak berpeluang abang”. ujar Effa dengan lembut.
“Eh.. dah pandai menjawab,”perli Khairil.
Meleleh air mata Effa, dan Khairil rasa bersalah dan bertanya apa yang Effa nak bincangkan.
“Kenapa abang terlalu dingin dengan Effa sejak akhir-akhir ni? Tanya Effa.
“Effa, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?” Khairil beralasan.
Effa agak terkejut, selama ini Khairil tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,
“Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Effa, tapi sekarang?” ujar Effa.
“Sudahlah Effa…….. abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada”, bantah Khairil lagi.
“Sampai hati abang, abaikan Effa, Effa sedar siapa Effa, Effa tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Effa terus bercakap dengan sedu sedan.
“Sudahlah Effa abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul…”
Pagi tu, Khairil keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Effa dan tanpa suara pun. Effa makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Khairil terus tidak pulang ke rumah, Effa menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Effa risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Khairil bila dia kembali. Effa masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Khairil muncul dan Effa terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Khairil hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Effa kecil hati dan meminta Khairil pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Khairil. Khairil sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Effa kecewa lagi. Khairil pulang lewat malam. Demam Effa pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Khairil dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
Abang pulanglah abang, pulanglah Effa ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Effa. Effa kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
“Syukurlah Effa kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri
“Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau”, tolak Effa.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Effa itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
“Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?” pinta Zikri
“Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?” setuju Effa.
“Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Effa hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, “Allah makbulkan doa saya mak cik”. Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
“Effa, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Khairil dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Khairil dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang.” terang Zikri.
Effa menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Effa menantikan Khairil sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Khairil pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Effa bertekad untuk bertanya.
“Ya betul apa yang Effa dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Effa, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Effa, kerana mereka juga sayangkan Effa, dan Effa kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Effa.” Janji Khairil.
Effa sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Effa terlalu kecewa.
Khairil masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Effa pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
“Insya-Allah En. Khairil, dua-dua selamat”. Terang doktor pada Khairil.
“Dua-dua apa maksud doktor? tanya Khairil
“Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni,” terang doktor.
“Ya Allah Effa mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Effa, kesal Khairil. Malu rasanya untuk menatap muka Effa.
“Kenapa Effa tak bagi tahu abang yang Effa mengandung? kesal Khairil.
“Effa memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Effa tak sampai hati bang, Effa tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu.” Jelas Effa.
“Effa sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi.” janji Khairil.
Kesal kerana mengabaikan Effa yang mengandung itu, membuatkan Effa risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Effa pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
“Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,” marah Khairil bila melihatkan Effa cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Effa tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
“Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah.”balas Effa. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Effa hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Effa dan andainya apa-apa berlaku Effa akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Effa akan dilawati oleh Khairil. Effa amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Effa sanggup tinggal dihospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Effa amat bahagia merasakan gerakan- gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Effa, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Effa mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Khairil tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Effa di dalam sana. Khairil makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Khairil meluru “doktor bagaimana isteri saya ?”, Khairil terus bertanya.
”Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Effa Ain.” Terang doktor.
“Apa maksud doktor? Tanya Khairil yang sudah tidak sabar.
“Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya.” jelas doktor.
“Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat.”
“Ermmm… lekanya dia sampai terlena.” tegur Khairil sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Effa. Effa hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.
Effa Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Effa menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Khairil.
“Mungkin mak Effa datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira”. pujuk Khairil menenangkan Effa.
“Abang… tolong Effa bang!!” laung Effa dari bilik air.
“Ya Allah Effa kenapa ni? Khairil ketakutan. “Mak… tolong mak… makkkkkkkkkkk” Khairil menjerit memanggil emaknya didapur.
“Cepat, bawak pergi hospital, cepat Khairil” perintah Mak Zaharah.
“Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia ‘dijemputNya”, terang doktor. Terduduk Khairil mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Effa Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Khairil mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
Abang yang Effa rindui,
Abang maafkan Effa kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Effa sudah jauh meninggalkan abang, Effa tak harapkan Effa akan selamat melahirkan anak ini, tapi Effa harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Effa. Itu harapan Effa bang. Effa masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Effa tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Effa dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Effa menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Effa menulis surat ini, Effa masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Effa bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Effa bahagia, cukuplah saat manis ini Effa dan dia. Effa rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Effa hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Effa redha bang. Siapalah Effa untuk menolak ketentuanNya. Effa tak mampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Effa untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Effa cintai dan kasihi selamanya. Effa redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Effa redha, kerana Allah telah memberikan Effa sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Effa harap abang redha sebagaimana Effa redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Effa untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau Cuma seketika.
Andai apa yang Effa takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Effa harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Effa harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Effa harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Seumur hayat Effa, Effa tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Effa, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Effa rindui…
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Effa ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Effa tak berkesempatan, dan walaupun kini Effa tiada lagi, tapi Effa nak abang tahu yang…
Effa rindukan abang…… Effa rindu sangat dengan abang….. rindu bang… rindu sangat….
Sekian,
Ikhlas dari Effa, isterimu
Effa Ain Bt. Abdullah
Khairil melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Effa Ain… dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu…..
Effa…. abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Khairil.



Copyright…

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan


Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”
Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
  1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
  2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
  3. Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
  4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
  5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
  6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
  7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
  8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
  10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  11. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
  12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada- mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. “Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa aku hajatkan ……. ” Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan dan keagungannya.
  13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti : ” Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
  14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
  15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
  16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
  17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA..

MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT..

PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP... KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA. MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM. AMBILLAH

PERANAN...[istighfar jom..] wallahu a'lam

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.....

" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... Maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
Yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada
setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11
. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta baiklah
Keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat darilafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yangbermaksud "Dengan nama ALLAH Yang MahaPengasih lagi Maha Penyayang."
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyuyang Allah turunkan kepada Jibrail.2. "BISMILLAH untukMu dan umahMu,suruhlah mereka apabila memohon sesuatu denganBISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAHditurunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, anginterdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakitmelainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatumelainkan Allah beri berkat ke atasnya.5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiapkali memulakan sesuatu perkara yang baik.6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.ALMuddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikatneraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapayang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkatnamanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunungkepadanya.10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, makaakan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak danbala.11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dankehebatan kepada si pembaca

Aku


Aku


Aku tak tahu
dalam perjalananku mengenal diri
berapa hati yang telah kusakiti
sekalipun calarnya hanya segaris
atau mungkin terbelah terhiris
bahkan mungkin hancur habis

Aku tak tahu
berapa jiwa yang telah menangis
dalam pengembaraanku memahami hati
ketika aku harus menolak
dan aku harus berkata tidak
atau ketika aku keliru
memberi janji yang tak tentu


Aku tak tahu
siapa yang sedang tersiksa
menanti aku yang takkan tiba
atau aku yang pergi meninggalkan saja
bukan tak ingin melangkah ke sana
atau tak ingin sentiasa bersama
namun terbatas oleh cara
terbatas oleh matlamat dan cita-cita

Aku tak tahu
siapa yang sedang gembira
saat aku sakit menderita
dan siapa yang sedang bersedih
saat aku naik berjaya


Aku tak tahu
siapa yang sedang mengenangku sebagai wira
atau menyumpahku sebagai manusia durjana

Juga aku tak tahu..

Siapa lagi yang akan kusakiti tanpa sengaja
siapa lagi yang akan menangis tanpa kuduga
siapa lagi yang akan menderita sengsara
keranaku.

Aku yang dulu
memberikan aku beberapa kebanggaan
memberikan aku beberapa penyesalan
memberikan aku beberapa pengajaran
dan pengalaman.

Aku yang akan datang
memberikan aku beberapa harapan dan cita-cita
memberikan aku kerisauan dan hati-hati
untuk melangkah dalam hidup ini.

Aku sekarang
harus terus melangkah tegap
tidak terpanggil balik oleh masa silam
atau tersilau takut akan masa depan.

Copyright….