“JIKA DIA UNTUK KU”
Effa
memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat
lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi.
“Effa, Effa bangun sayang”. Khairil mengejutkan isterinya.
“Eh! abang
dah balik, maaf Effa tertidur, abang nak makan?” Tanya Effa. “
“Tak per
lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas”. Jawapan yang cukup
mengecewakan Effa. “Arrggh rindunya Effa pada abang, rindu nak makan semeja
dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Effa masak hari ni, ikan cencaru
sumbat kesukaan abang,” luah Effa dalam hati.
“Abang
naiklah dulu Effa nak simpan lauk dalam peti ais dulu”. Pinta Effa sambil
menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang
langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Effa
ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia
sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Effa
menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi
dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi
terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
“Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra,
tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Effa”, bisik hati kecilnya.
Aargghh rindunya Effa pada abang. ” Effa rindu nak peluk abang, Effa nak kucup
abang, Effa rindu abang”.
Selesai
solat subuh Effa panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,
dipanjangkan jodohnya dengan Khairil tercinta, diberi kesihatan yang baik dan
paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk
menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Effa kejutkan Khairil,
manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang.
Effa keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
“Assalamualaikum”,
sapa Khairil yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. “Waalaikumsalam,
sayang”. Effa cuba bermanja sambil menambah, “abang nak kopi atau teh?” Effa
tetap kecewa apabila Khairil hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
‘presentation’ dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga
hati Effa dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Effa menghantar pemergian suami
hingga ke muka pintu “Abang, Effa belum cium tangan abang, abang belum kucup
dahi Effa”, kata Effa selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Effa
pada abang.
“Ril,
semalam pukul berapa kau balik?” tanya Zikri. “Dekat pukul 2.00 pagi”. Jawab
Khairil acuh tak acuh. “Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam
malam Jumaat ler, kesian bini kau”. Zikri bergurau nakal. “Apa nak buat, lepas
aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak,
sedar-sedar dah pukul 2.00″, aku balik pun bini aku dah tidur. “Balas Khairil.
“Sorrylah
aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung
minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan
Effa ke?”. Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah
menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
“Entahlah
Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah,
bukan aku bencikan Effa, kami tak bergaduh tapi entahlah”. terang Khairil.
“Well, aku
rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan
sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?”. Usul Zikri.
“Ok.”
Ringkas jawapan Khairil sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang
sedang direkanya.
Effa
membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis
dia diijab kabulkan dengan Khairil. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak
saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat
kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Effa teringat kembali
alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu
tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Effa menangis sepuas hatinya. 5 tahun
menjadi suri Khairil, bukan satu tempoh yang pendek. Effa bahagia sangat dengan
Khairil, Cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Effa sedar
perubahan itu, dan dia tidak salahkan Khairil. Makin laju air matanya mengalir.
“Abang
sanggup menerima Effa, abang tidak menyesal?”. tanya Effa 5 tahun yang lepas.
“Abang
cintakan Effa setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan
bahagiakan Effa dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Effa,”.
Janji Khairil.
“Walaupun
kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?”. Tanya Effa lagi.
“Syyy…
doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin
sangat kita akan ada zuriat sendiri”, Khairil meyakinkan Effa.
Effa masih
ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Khairil dia mungkin tidak boleh
mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan.
Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja.
Tapi
Khairil yakin Effa mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,
selepas 5 tahun, Effa tidak salahkan Khairil sekiranya dia sudah mengalah dan
terkilan kerana Effa masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Effa
sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya
dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Effa pada
abang.
“Aku tak
tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Effa, dia
tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak
dari benih suaminya yang halal, tapi…” ayat Khairil terhenti disitu.
“Tetapi
kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.
“Bukan
macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak
akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia,
tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya”, terang Khairil.
“Maksudnya
kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.
“Entahlah
Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni
akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa
sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Effa sebab itulah aku cuba mengelakkan
kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati
aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan ” Jelas Khairil.
“Dan kau
puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan
menambah, “apa kata korang ambil saja anak angkat?”
“Anak
angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat
sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak
aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan
hati dia Zek. Aku tak sanggup”. Ujar Khairil.
Effa masih
menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi
berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara
mara atau menjenguk orang tua Khairil dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka
tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam
saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang
seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya
setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah
tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang
selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa
yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau
biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan
gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini… aarghh rindunya Effa pada
abang.
Effa tahu
Khairil pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan
hari ini sekali lagi Effa menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya
kasihnya kepada Khairil. Effa masih tidak menaruh syak pada Khairil, dia masih
cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Khairil bila dia pulang malam nanti,
tapi Effa takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh
Rindunya Effa pada abang.
“So you dah
tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana
simpati atau ikhlas?” Tanya Khairil pada Zati yang dikenali dua minggu lepas
semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan
tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
“I ikhlas Khairil,
dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you”. Zati berterus
terang. Lega hati Khairil, tapi Effa?
“Abang Effa
tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,” adu Effa pagi tu, sebelum
Khairil ke pejabat.
“Ye ker?
Ambil duit ni, nanti Effa call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh
hantar Effa ni.” jawapan Khairil yang betul-betul membuatkan Effa mengalirkan
air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Effa sakit demam Khairil sanggup
mengambil cuti, bersama-sama menemani Effa. Arrgghhhhh rindunya Effa pada
abang.
Disebabkan
Effa terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik
selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke
petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya
berdenyut-denyut. Effa menangis lagi.
Malam tu,
seperti biasa Khairil pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi
kawannya. Effa masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan
segala perasaan rindu dan sayangnya pada Khairil. Tak sanggup lagi dia
menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata
setiap hari. Aargh rindunya Effa pada abang.
Apabila
Khairil selesai mandi dan tukar pakaian, Effa bersedia untuk membuka mulut,
ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia
tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
“Abang,
Effa nak cakap sikit boleh?” Effa memohon keizinan seperti kelazimannya.
“Effa, dah
lewat sangat esok sajalah, abang letih,” bantah Khairil.
“Tapi esok
pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Effa
tak berpeluang abang”. ujar Effa dengan lembut.
“Eh.. dah
pandai menjawab,”perli Khairil.
Meleleh air
mata Effa, dan Khairil rasa bersalah dan bertanya apa yang Effa nak bincangkan.
“Kenapa
abang terlalu dingin dengan Effa sejak akhir-akhir ni? Tanya Effa.
“Effa,
abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah,
duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?” Khairil beralasan.
Effa agak
terkejut, selama ini Khairil tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia
terus bertanya,
“Dulu Abang
tak macam ni, masih ada masa untuk Effa, tapi sekarang?” ujar Effa.
“Sudahlah
Effa…….. abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan
dada”, bantah Khairil lagi.
“Sampai
hati abang, abaikan Effa, Effa sedar siapa Effa, Effa tak mampu berikan zuriat
untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis
anak-anak bukan? Dan Effa terus bercakap dengan sedu sedan.
“Sudahlah
Effa abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul…”
Pagi tu,
Khairil keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Effa dan tanpa suara pun.
Effa makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu
Khairil terus tidak pulang ke rumah, Effa menjadi risau, telefon bimbit
dimatikan, Effa risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf
dari Khairil bila dia kembali. Effa masih menanti, namun hanya hari ketiga baru
Khairil muncul dan Effa terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi
Khairil hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Effa kecil hati dan meminta
Khairil pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Khairil. Khairil
sekadar mengangguk.
Tetapi
malam tu Effa kecewa lagi. Khairil pulang lewat malam. Demam Effa pulak makin
teruk, dan esoknya tanpa ditemani Khairil dia ke klinik, sebab sudah tidak
tahan lagi.
Abang
pulanglah abang, pulanglah Effa ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang,
doa Effa. Effa kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah
tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh
Zikri.
“Syukurlah
Effa kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya
Zikri
“Eh tak
bolehlah aku ni kan
isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau”, tolak
Effa.
Pilunya
hati Zikri mendengar pengakuan Effa itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
“Oklah
kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?” pinta
Zikri
“Ok, kalau
macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo
kita 6 tahun lepas kan ?”
setuju Effa.
“Eh kenapa
pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Effa hanya tersenyum penuh makna, dan
membisik, “Allah makbulkan doa saya mak cik”. Pilu hati Mak Siti dan betapa dia
sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti
mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
“Effa, aku
anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap
kau tabah dan tenang, sebenarnya Khairil dalam proses untuk berkahwin lagi
satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah
tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Khairil dan bincanglah,
cubalah selamatkan rumah tangga korang.” terang Zikri.
Effa
menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan
penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima
pagi tadi, sudah tidak bermakna. Effa menantikan Khairil sehingga ke pagi,
namun dia masih gagal.
Dua hari
kemudian Khairil pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa
ini Effa bertekad untuk bertanya.
“Ya betul
apa yang Effa dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan
lepaskan Effa, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah
asalkan abang tidak lepaskan Effa, kerana mereka juga sayangkan Effa, dan Effa
kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang
dibuat, abang janji takkan abaikan Effa.” Janji Khairil.
Effa sayu
mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala
perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Effa terlalu kecewa.
Khairil
masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi
Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Effa pengsan dan mengalami
pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
“Insya-Allah
En. Khairil, dua-dua selamat”. Terang doktor pada Khairil.
“Dua-dua
apa maksud doktor? tanya Khairil
“Dua-dua
ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya
tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku
keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan
jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni,”
terang doktor.
“Ya Allah
Effa mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Effa, kesal Khairil. Malu rasanya
untuk menatap muka Effa.
“Kenapa
Effa tak bagi tahu abang yang Effa mengandung? kesal Khairil.
“Effa
memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan
berkahwin dengan perempuan Effa tak sampai hati bang, Effa tak sanggup abang
malu dan keluarga abang malu.” Jelas Effa.
“Effa
sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan
sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup
nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi.”
janji Khairil.
Kesal
kerana mengabaikan Effa yang mengandung itu, membuatkan Effa risau dan akhirnya
pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan
mujur jugak Effa pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.
“Mama
kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,” marah Khairil bila melihatkan Effa
cuba
menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Effa
tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan
doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
“Ala Papa
ni, biarlah mama buat sikit sajalah.”balas Effa. Itulah panggilan manja mereka
sekarang ni.
Dengan
pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,
dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Effa hanya
berehat dihospital, supaya senang mengawasi Effa dan andainya apa-apa berlaku
Effa akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.
Setiap hari Effa akan dilawati oleh Khairil. Effa amat bahagia, ternyata bayi
yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah
Effa sanggup tinggal dihospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup
disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan
sudah dipenghujung 7 bulan, Effa amat bahagia merasakan gerakan- gerakan manja
bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Effa, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan
akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Effa mengalami
pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah
dalam masa beberapa minit sahaja. Khairil tiba bersama ibu dan ayahnya, dia
panik sekali, namun cuba
ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya
Effa di dalam sana .
Khairil makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Khairil
meluru “doktor bagaimana isteri saya ?”, Khairil terus bertanya.
”Sabar,
kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak
perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk
selamatkan Puan Effa Ain.” Terang doktor.
“Apa maksud
doktor? Tanya Khairil yang sudah tidak sabar.
“Begini,
dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang
keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon
kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya.” jelas
doktor.
“Buatlah
doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat.”
“Ermmm…
lekanya dia sampai terlena.” tegur Khairil sambil membelai dan
mengusap
kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Effa.
Effa hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.
Effa Ain
masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur
Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu.
Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu
hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang
menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya
berlalu begitu sahaja. Hari ini Effa menjadi seorang perindu, dia rindukan
ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Khairil.
“Mungkin
mak Effa datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira”. pujuk Khairil
menenangkan Effa.
“Abang…
tolong Effa bang!!” laung Effa dari bilik air.
“Ya Allah
Effa kenapa ni? Khairil ketakutan. “Mak… tolong mak… makkkkkkkkkkk” Khairil
menjerit memanggil emaknya didapur.
“Cepat,
bawak pergi hospital, cepat Khairil” perintah Mak Zaharah.
“Maaf dia
tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak
sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia ‘dijemputNya”,
terang doktor. Terduduk Khairil mendengarkan hal itu.
Jenazah
selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan
menikmati titisan-titisan susu Effa Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah
ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang
bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi
membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis
seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk
sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar
tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Khairil mendukung Syuhadah
dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
Abang yang
Effa rindui,
Abang
maafkan Effa kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat
abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Effa sudah jauh meninggalkan
abang, Effa tak harapkan Effa akan selamat melahirkan anak ini, tapi Effa harap
bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Effa. Itu harapan Effa bang. Effa
masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Effa tidak mampu memberikan
zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Effa dimakbulkan, dan untuk itu,
biarlah Effa menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Effa
menulis surat ini, Effa masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini.
Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Effa bahagia merasa tiap tendangan
dia abang, Effa bahagia, cukuplah saat manis ini Effa dan dia. Effa rasakan
setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Effa hanya
ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Effa redha
bang. Siapalah Effa untuk menolak ketentuanNya. Effa tak mampu abang.
Cukup
bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Effa untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Effa cintai dan kasihi selamanya.
Effa redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Effa redha, kerana Allah
telah memberikan Effa sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan
kita Effa harap abang redha sebagaimana Effa redha. Syukurlah sekurang-kurang
Allah berikan nikmat kepada Effa untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu
walau Cuma seketika.
Andai apa
yang Effa takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Effa harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Effa harap abang jangan biarkan
hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Effa harapkan dia akan mendapat seorang
ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan
penuh kasih sayang.
Seumur
hayat Effa, Effa tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah
permintaan Effa, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang
Effa rindui…
Dulu
sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Effa ingin sangat ucapkan kata-kata
ini pada abang, tapi Effa tak berkesempatan, dan walaupun kini Effa tiada lagi,
tapi Effa nak abang tahu yang…
Effa
rindukan abang…… Effa rindu sangat dengan abang….. rindu bang… rindu sangat….
Sekian,
Ikhlas dari
Effa, isterimu
Effa Ain
Bt. Abdullah
Khairil
melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat
rindukan Effa Ain… dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan
itu…..
Effa….
abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Khairil.
Copyright…
No comments:
Post a Comment