Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang
memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki
wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang
mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan
mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya
orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan
mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya
(Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah
peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman
telah mewarisi Daud a.s.
Allah adalah Zat Yang
Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku,
sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan
anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi
Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi
orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah
musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan
dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat
aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia
dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan
bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”
Syubhat Doa Nurun Nubuwwah-1
Di riwayatkan bahawa doa ini di sampaikan kepada Nabi oleh Malaikat Jibril pada suatu pagi ketika Nabi sedang duduk bersama para sahabat selepas solat subuh.
Jibril
berkata kepada Nabi: “Aku di utus oleh Allah membawa Doa Nurun Nubuwah untuk di
serahkan kepadamu ya Rasulullah.”
Selain
boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadhilat doa
ini, antaranya:
1. Doa ini boleh
di pergunakan untuk memohon kekayaan. Kepada orang yang berhajatkan kekayaan,
doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan kunyit dalam
tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada orang yang memohon
kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, orang yang mengamalkan doa ini akan
mendapat alamat apabila kunyit yang di tanam sudah bertukar menjadi emas.
2. Jika di baca
pada setiap lepas sembahyang lima
waktu, apa yang kita hajati insya- Allah akan berhasil.
3. Jika ada raja
yang ingin menjadi pendeta, maka dengan berkat doa ini insya-Allah akan
tercapai.
4. Demikian juga
jika ada pendita yang ingin menjadi wali Allah, dengan membaca doa ini
insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yang ingin menjadi manusia, dengan
berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.
5. Jika ada
binatang yang cacat, dengan dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan
menjadi sempurna sifatnya.
6. Jika sesiapa
membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan mengampuni segala
dosanya.
7. Jika anda ada
musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.
8. Jika tidak
boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah,
insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.
9. Apabila di
letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripada segala musuh.
10. Apabila
diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam
makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.
11. Jika ingin
melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah
anda akan diperlihatkan keajaiban.
12. Jika anda
berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah
air laut akan menjadi tawar.
13. Jika dibaca
pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.
14. Jika dibaca
pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.
15. Jika dibaca
pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.
16. Jika dibaca
pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.
17. Jika dibaca
pada malam Khamis akan memperelokkan wajah.
18. Jika dibaca
pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.
19. Jika dibaca
pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk
orang yang membacanya.
20. Jika dibaca
pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.
21. Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100
kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para
nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”
22. Untuk
menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada
tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.
23. Demikian
juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan atau
gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.
24. Andainya
anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa
ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.
25. Jika ingin
kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari
kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.
26. Jika anda
dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak
jadi hujan.
27. Jika terjadi
permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.
28. Jika akan
berangkat ke medan
perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh
akan bercerai-berai sesama sendiri.
29. Jika ada
wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih,
minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.
30. Jika ada
orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah
lekas sembuh.
31. Apabila ada
orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada
tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.
32. Jika anda
ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan doa
ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.
33. Rasulullah
bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”
No comments:
Post a Comment